Tuesday 23 August 2011

anak - anak my fren pengubat harapanku..

salam..ape kabar semua..rase mcm azie cakap sengsorang jer nie..almaklum la..blog yg kedua ni private sikit bagi azie..hihi..xramai yg tau..tp thanks la kepada yg bakal nak jadik follower azie..alhamdullillah..dah 1 tahun 3 bulan perkahwinan ku..azie harap sgt ader sinar bahagia raye nanti..mane la tau rezki bulan puase kan..xtau la tue rezki tuhan yg tentukan.. k la nak citer pasal tajuk n3 kat atas... kalo korang semua nak tau..anak2 member azie nie la yg azie jadikan sandaran pengubat belum ader anak nie kan.. yg perempuan tue "maira" anak padan member azie time poli..azie mmg dah besekan diri dengan panggilan ummie dgn maira nie..smpi dah lekat lak berbahase cam tue..maklum la makcik2 angkat dier nie ramai..hihi..maira nie kdg2 rajin tido umah aku..almaklum la..azie dgn mama n papa maira nie mmg rapat ..dah macam 1 family.. yg boy tue lak "aiman" anak member azie time poli gak..kalo dap jumpe ini budak..geram jer..semangat..pastu manis dengan senyuman..berlesung pipit dalam lagi...seronok dah dapat rase layan budak2 nie..walaupun bukan anak sendiri..bnyk la jugak tips2 yg azie dapat bile ramai frens azie yg dah dpt anak..insyaallah..coming azie ummie akan bagi kawan kat anak2 angkat ummie k...siap nak bagi kembar lagi..amin...moge2..

Monday 15 August 2011

mulut manusia

salam...hai jumpe lagi...alhamdullillah hari ni dah 16 ramadan , x sampai 2 minggu pun lagi nak menyambut aidilfitri..persiapan raya pun baru start nak wat biskut raye...al maklum la wat keje tiada gangguan kan..arini tengok kat status member fb ..ader yg dah selamat bersalin, ader yang terima berita gembira pregnant..ader yg xsabar menanti kelahiran..saya gembira dengan itu semua...tp pasti ader rase cemburu, berkecil hati di dalam hati..ape kan daya itu hak peribadi masing2 kan.. hemm korang bese x alami nie semua..terutama yang eblum ada cahaya mata..kadang masih terngiang-ngiang ape org dok perkata kan kat saya..meskipun baru setahun kawin..macam mane la kan dengan mereka yang lagi lama..berbelas tahun, berpuluh tahun..ramai yang bagi nasihat..ala wat xtau jer..tue semua keje tuhan kan..tp hati seorang wanita bukan sekeras batu kan..

"dah ada isi belum?"
"kawin dah berape lame, bese 6 bulan jer org dah prgnant?"
" xpergi check ke?"
" kurus sgt nie..tue yg susah nak lekat?"

kadang pernah saya jawab

" belum rezki..bagi la belajar2 dulu pegang anak orang"
ader yang menjawab" aik berape lama nak belajar..dah setahun"
bagi saya..sampai sekrg jawapan sy...sy xtau ..tue pun kerja sy...allah yang tentukan..macam2 usaha org macam sy nie akan usahakan

susah sy nak perkatakan..bukan nak menyalahkan mereka yg bertanya...tp bagi saya yang sensitif...adoyai..tahan jer..kalo citer kat depan husband..meleleh air mate sy..

kengkadang tuu sedih..org yang xkawin dok sibok jage tepi kain saya..
macam2 kate.."stress la" ape la..
kawin la dulu baru tau cam ne...

mmg la kadang2 bile tengok anak member jadik pengubat kat hati nie..walaupun bukan anak sendiri ..sy dah besekan diri dengan panggilan " UMMIE"

INSYALLAH ..tuhan akan makbulkan jua doa kami nanti..

insyaallah..kami akan jalani pemeriksaan nie (part 2)

 

sumber : copy dr google
As-salam kepada semua para pembaca. Seperti yang telah dijanjikan, sesi rawatan kesuburan Mr. dan Mrs. Herumi bersambung lagi. Tapi kali ini giliran Mrs. Herumi sahaja yang menjadi target rawatan/pemeriksaan. Mrs perlu menjalani pemeriksaan saluran peranakan atau lebih dikenali sebagai tiub falopio melalui X-Ray HSG. Jadi, apakah itu X-Ray HSG?
HSG ringkasan kepada Hysterosalpingografi adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.
Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis.
Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.
Berikut merupakan prosedur palaksanaan X-Ray HSG:
  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Doktor akan membersihkan permukaan luar rahim secara ringkas bagi menghidari kekotoran di luar rahim termasuk ke dalam rahim bersama cecair dye tersebut.
  3. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  4. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  5. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  6. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  7. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.
Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:
  1. Pendarahan faraj
  2. Luka pada serviks
  3. Pengsan
  4. Jangkitan kuman pada rahim
  5. Alahan terhadap dye
  6. Keputusan (normal atau sebaliknya)
Selepas ujian, doktor anda akan menerangkan keputusan ujian kepada anda. Ujian yang normal akan menunjukan tidak ada penyumbatan pada salur peranakan dan rahim berada dalam bentuk normal. Doktor mungkin akan menyarankan ujian seterusnya untuk mencari sebab lain terhadap masalah kesukaran hamil anda atau berganjak kepada rawatan seterusnya seperti IUI. Keputusan yang tidak normal menunjukkan samada salur peranakan tersumbat, terdapat parut dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal. Sekiranya ini berlaku, rawatan selanjutnya perlu dilakukan kepada anda yang mungkin membawa kepada pembedahan.
Banyak juga dugaan yang dihadapi bagi membuat temu janji pemeriksaan ini dengan doktor. Banyak hospital dan klinik yang kami hubungi samada kerajaan atau swasta. Tapi itu tidak menjadi kritieria pemilihan yang utama. Berikut adalah kriteria pemilihan klinik atau hospital yang telah disusun mengikut priority :
  1. Doktor yang akan melakukan pemeriksaan tersebut mestilah doktor perempuan yang beragama Islam. Sekiranya tiada, doktor perempuan bukan muslim menjadi pilihan. Doktor lelaki akan dipilih sekiranya darurat sahaja.
  2. Harga yang berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan.
  3. Jadual yang menepati kehendak kita (antara hari ke 7 hingga hari ke 11 dari tarikh period).
  4. Jarak dengan kediaman kami tidak jauh.
Bukan senang untuk memilih sesebuah hospital yang mampu memberi kita perkhidmatan yang kita mahukan. Walaupun kita dah jumpa doktor yang bersesuaian, namun tidak menepati tempoh hari yang sepatutnya menjalankan pemeriksaan tersebut. Ada sesetengah hospital hanya melaksanakan pemeriksaan ini sekiranya tidak melebihi dari 10 hari dari tarikh period DAN pastikan darah haid betul-betul kering. So masa yang ada cuma 3 hari sahaja, memang susah nak buat temu janji dengan doktor, kalau nak tangguh jugak, kena lah tunggulepas period bulan berikutnya. Tapi bersyukur kepada Allah S.W.T kerana diberi peluang dan kelapangan untuk membawa isteri membuat pemeriksaan tersebut di salah satu hospital yang memenuhi kehendak kami.

insyaallah..kami akan jalani pemeriksaan nie (part 1)

 

sumber : copy dari google.
As-salam kepada semua pembaca khususnya kepada pasangan yang sudah lama menantikan cahaya mata. Entri kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman menjalani rawatan kesuburan bersama isteri di Klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), bberalamat di :
Bangunan LPPKN,
12B, Jalan Raja Laut,
Peti Surat 10416,
50712 Kuala Lumpur
Untuk makluman para pembaca sekalian, penulis mendirikan rumah tangga sudah hampir 1 tahun 6 bulan. Kalau ikutkan tempoh tersebut, memang ianya sangat baru bagi kami. Tapi apa boleh buat. Sifat orang perempuan yang sangat sensitif apatah lagi bila orang selalu bertanyakan “Bila nak ada baby?”, “perut dah naik sikit, dah berapa bulan dah ni?” hehehe, ini menunjukkana penulis tidak lupa tanggung jawab untuk bagi makan wife.
Penulis bertekad mahu menjalankan rawatan tersebut. Temujanji perlu dibuat apabila sang isteri start period. Penulis call 03-26937555 untuk buat temujanji. Staff LPPKN bagitahu yang wife kena datang waktu period antara hari ke 2 hingga ke 5. Sang suami juga tidak boleh menyimbahkan air mani antara 3 hingga 5 hari sebelum hari temujanji untuk ujian tersebut. Maksudnya kat sini, sewaktu isteri datang period yang pertama, sang suami perlu menyimbahkan cecair pekat tersebut ke mana-mana dahulu janji bukan dalam rahim isteri (sebab isteri period kan time ni?). Bila tiba hari temujanji semalam air mani sang suami telah berusia 5 hari dan period sang isteri juga berusia 5 hari. Jadi syarat untuk melakukan ujian tersebut dipenuhi pada 20.04.11 semalam.
Semalam kami dah rancang mengambil cuti bersama kerana dimaklumkan oleh staff klinik tersebut ia mengambil masa separuh hari jugak untuk mendapatkan keputusan ujian tersebut. Pukul 8.30 pagi kami bertolak menaiki train daripada serdang hingga ke stesen bank negara, bejalan kaki hingga ke alamat di atas. Lebih kurang setengah jam kami sampai di tingkat 6. Pastu terus register. Merujuk kepada buku rekod temujanji yang kakak klinik tu tunjuk, lebih kurang dalam 9 pasangan sahaja yang datang untuk rawatan, tapi yang dah sampai dalam 4 pasang sahaja, so tak ramai. Fuhh!!! lega rasanya. Mungkin tak lama ujian ini.
Selepas register, ujian pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menguji sperma sang suami. Lepas dapat result, baru boleh continue dengan ujian untuk isteri. Untuk Mengambil specimen iaitu air pekat sang suami, penulis perlu naik ke tingkat 7. Di tingkat 7, pesakit akan diberikan  botol specimen macam botol urine gak. Pergh!!! menyiksakan, apa kejadahnya nak simbah dalam botol tu… takpe, demi mendapatkan zuriat, penulis gagahkan diri. Sebelum mendapatkan specimen tu, staf lelaki yang menjaga kaunter spesimen tadi ada bertanyakan beberapa soalan seperti merokok atau tak, kekerapan bersama dengan isteri, kekerapan mandi air panas, dan lain-lain lagi. Tapi staf yang menyoal ni nampak macam pelik sket. Gay ke apa, eee… geli aku tuihhhh!!! Ada ka mai duk dekat-dekat, pastu gosok-gosok paha kanan aku. Bagi sesapa yang ingin mengambil specimen dengan lelaki ini, pastikan ianya street to the point, jangan nak cakap banyak dengan lelaki ni yang kononnya memberi motivasi ketika mengambil specimen. Alhamdulillah tidak berlaku apa-apa pada penulis. Tak payah la penulis explain lebih lanjut bagai mana specimen dikeluarkan. Amat menyiksakan, bermodalkan 2 keping CD lucah yang dibekalkan dalam bilik tersebut, akhirnya specimen berjaya dikeluarkan. Untuk makluman pembaca juga, pastikan bawa tuala untuk mandi junub. Dalam bilik yang ala hotel ini, disediakan toilet. Setakat nak mandi tu ok lah.
Penat sang isteri menunggu di tingkat 6. Lama juga proses mengambil specimen, 2 kali nama dipanggil baru sang suami turun ke aras 6. Doktor panggil untuk matovasi lagi sekali, kali ni dokter perempuan alhamdulillah. Dia just amik BMI suami dan tekanan darah. Alhamdulillah, tekanan darah sebelum ini rendah, tetiba hari tu normal. Lepas selesai motivasi tu, kena lagi tunggu result specimen sperma tadi. Lebih kurang 30 minit jugak la. Selamat ada kantin di tingkat 2, doktor benarkan untuk turun minum.
Lepas 30 minit minum kat kantin, kami terus naik dan jumpa nurse lain. Nurse tu bagitahu result speciment tadi. Alhamdulillah, sperm sang suami 70juta bagi setiap ml. Had normal yang nurse tu bagitahu adalah 20 juta per ml. Alhamdulillah sang suami sihat. Kesian sang isteri, bakal mejalani rawatan selepas ini. Sabar lah sayang, demi mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah, kita perlu teruskan niat murni ini. Abg sayangkan syg. Muahhh!!!
Rawatan yang pertama harus dilalui oleh sang isteri ialah mengambil sampel darah. Memandangkan sang suami pun tak tahu kumpulan darahnya, sang suami juga turut mengambil sampel darah. Darah sang suami time tu tak nak keluar, tak tahu sebab apa. Kata nurse darah pekat. Puas jugak nurse tu menyedut darah dari tangan kanan tak cukup dengan tu, dia ambil plak kat tangan kiri. Wahhh!!! time sedut darah kat tangan kiri, penulis rasa macam bangunan tu gelap geilta tak buka lampu. Nak pitam rasanya, tak sampai seminit, ok balik terus pegi buat bayaran, Alhamdulillah. Darah sang isteri ok je, dengan selambernya dapat dua tabung dengan sebelah kanan je. Result sampel darah yang diambil tadi akan dimaklumkan pada hari ke-21 period, maksudnya, 06.05.11 nanti kena pergi lagi ke LPPKN untuk menjalani ujian terhadap isteri.
Sebelum tu, nurse tu ada bagi tugasan. Sang isteri perlu melakukan ujian HSG dan mendapatkan film X-Ray kat mana-mana klinik pakar yang menyediakan perkhidmatan X-Ray HSG. Nurse tu bagi cadangan kat Daya X-Ray Centre Sdn. Bhd. kat bangunan DBKL. Dekat situ je. Tapi jauh plak dengan rumah, sian isteri nak datang sorang-sorang nanti. So kita cari inisiatif lain kat klinik-klinik area kajang atau puchong. Tapi sampai susah gak nak dapat. esok la cuba call Kajang Specialist. Tak tahu lah ujian ni macam mana, kata nurse tu, isteri akan dimasukkan suatu cecair ke dalam fajar. Cecair tersebut berfungsi untuk membuka ruang tiub sekiranya tersumbat. Lepas tu, perlu X-Ray dan film tu perlu dibawa semula ke LPPKN. Kesian isteri. Dengar kata ujian ni sakit. Tapi apa boleh buat, sakit demi memenuhi matlamat utama perkahwinan kita.
Nantikan entri yang seterusnya dalam sesi rawatan kesuburan Mr Herumi dan Mrs Herumi. Doakanlah kami berjaya dan dimurahkan rezki untuk menimang cahaya mata yang sihat, soleh dan solehah.
[p/s: kawan penulis ada berpesan, kalau nak mintak, jangan mintak yang spesifik contoh macam mintak anak, sebab kita tak tahu samada kita sudah bersedia atau belum, walaupun kita kata kita dah bersedia, tapi Allah S.W.T lebih mengetahui samada kita bersedia atau tak. Tapi dalam entri ini, ia berkisarkan rawatan untuk mendapatkan cahaya mata, jadi doa penulis untuk mendapatkan rezki, secara terus penulis mahukan zuriat seperti yang diidamkan.. thanks to Rushdy GITN]

Sunday 14 August 2011

kaedah homeopati

salam..
07/06/2011

kami cube care lain pulak...sebelum tue ader wat research dulu pasal kaedah nie untuk mendapatkan cahaya mate..macam2 la..ader yg berjaya jugak..n cikgu sekolah azie pun ader jugak yg 3 tahun belum der zuriat lepas cube kaedah nie..alhamdullillah..rezki..so..azie cuba jugak..kami pergi klinik homeopati radziah dekat pkns shah alam..
       
korang boleh klik sini untuk maklumat lanjut
so..kami berjumpa la dengan dr radziah..

*doktor yg sgt sporting
*seisi pengenalan diri doktor tue dulu..dier tanye tanye mane dpt tau..hehe..saya wat research doktor..org nak anak macam2 cube kan..
*doktor tanye ade masalah x..ckap la sengugut
*mase tue saya ader masalah jerawat yg terok..so..mintak ubat untuk jerawat sekali..
*doktor bagi nasihat dekat suami jugak...kurangkan merokok...kalo ikut hati saya nak jer soh dier behenti..
*so..doktor bagi ubat kesuburan dan jerawat..

cara makan ubat kesuburan untuk suami
1.makan ubat 3 kali sehari sebelum makan
2.ubat air15 titik + 500 ml 3kali sehari sebelum makan

cara makan ubat kesuburan untuk isteri
1. makan ubat 3 kali sehari sebelum makan
2.ubat air 15 titik + 500 ml 3 kali sehari

ubat jerawat ader 4 jenis..cara makan pun same 3x sehari sebelum makan..


cara makan ubat nie bukan telan tau..kemam & hisab..rasenye manis pun..macam makan gula2 jer..
pastu 10 hari sebelum period kene stop makan...bile period sambung makan balik..

kos untuk kaedah homeopati nie..
1 set ubat kesuburan suami & isteri RM 100. 2 minggu sekali kene g beli balik..so..doktor kate jangan behenti makan..insyaalllah..ader rezki nanti..azie dah 2 bulan makan..
insyaallah..kalo ader berita gembira azie akan postkan ke k..

senggugut & urut

salam..ok nie nak citer langkah-langkah yang azie dah cube untuk nak mengandung..


1st ly nak citer pasal period azie..tiap2 bulan period akan dtg macam biase standard 7 hari kalo terlajak pun 8 hari jer..paling xbest kalo azie period ialah azie "SENGGUGUT" menyampah tau..sebab kalo "sengugut" tue  dtg mesti azie xsedap perut...kepala pening sgt.ngantok jer..so..dalam pale otak nie mmg rase nak berguling2 jer la kat umah atas tilam..mmg xtahan wok..kalo dah tido baru lah rase xpyah pikir sakit tue..azie mmg elakkan makan ubat penahan sakit tue..tp cube tuam perut dgn air suam..bagi darah tue lancar..tp kalo dah xtahan sgt..mmg terpakse la wok..paling teruk "senggugut " kalo di datangi sekali dengan muntah2 n cirit birit..yg nie mmg terpakse mintak pelepasan balik rumah..

so..bile dah senggugut ader yg bagi alternative try "BERURUT"
so..azie setakat nie dah 2 org tukang urut yang azie dah berurut..

tukang urut pertama
*rasenye ader la 2x kot (nie mase memule kawin dulu)
*nak kate peranakan turun tu xdek tp makcik (dah arwah) tue kate baru nak subur

 tiap2 bulan2 tunggu kalo der rezki..tp belum lagi

tukang urut kedua
*3x berurut dengan kak ani
*tukang urut yg nie best..siap leh dtg rumah..urut kat rumah jer la..nak pergi rumah dier mmg payah la..
*berurut nie pun sebab ramai yg tegur perut azie buncit macam org prgnant & keras..
*bile urut..hemmm..banyak angin katenye..yer la jrg kene urut kan.//..pastu keje duduk jer..dlm air cond...
*bile berurut rase ringan jer badan...pastu tiap2 bulan urut..
*bile urut tue..kak ani kate peranakan azie senget..maybe sebab azie pernah jatuh..pastu urut kali kedua pun masih senget..coz azie g angkat berat2..huhu..maklum la keje juruteknik komputer..kdg2 angkat cpu la..monitor la..
*pastu urut la bagi betul balik..alhamdullillah..dah duduk tempatnye semula..


 tp masih belum rezki lagi...xpe..usaha lebih lagi...

1st annivessary

salam..alhamdullillah..sudah setahun usia perkahwinanku..terima kasih, syukur ke hadrat illahi kerana masih bernafas dan mampu menjadi seorang isteri kepada suamiku mohd raimie..sekejap jer kan..(tp untuk hari nie dah setahun 2 bulan) tp kamu masih belum di kurniakan zuriatku.tidak mengapa..jodoh pertemuan di tentukan tuhan..begitu la juga dengan zuriat. kami teruskan dengan usaha dan doa untuk mu.

khas buat suamiku:
abang, azie bahagia selama azie bersama abang. terima kasih untuk tahun pertama kite bergelar suami isteri. azie mohon ampun dan maaf sekiranya masih ader kekurangan dalam diri azie nie.azie hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan. semoga kite akan terus bahagia dan kekal selamanya. sama2 kite berdoa moge di kurniakan cahayamate.


p/s: tipu kalo saya cakap saya x cemburu tengok orang yang dah ader cahaya mate.tp allah maha mencipta..insyaallah.

my wedding

alhamdullillah dan salam semua..
arini azie nak sambung bercerita lagi di blog kedua azie nie..korang nak tengok x gambor wedding azie..azie upload la sikit2 yer di belah kedua2 pihak eh..

MAJLIS PIHAK PEREMPUAN
persalinan nikah 12/06/2010

persalinan persandingan 13/06/2010

majlis persandingan
persalinan potong kek & outdoor
 MAJLIS PIHAK LELAKI
persalinan persandingan 20/06/2010

persalinan potong kek

Friday 12 August 2011

pengenalan


assalamualaikum
coretan pertama untuk blog kedua aku..blog ini khas untuk perjalanan hidupku dalam miniti kebahagiaan sebagai insan yang ber nama " isteri " . susah senang pahit manis akan ku coret kan di sini..untuk pengetahuan semua usia perkahwinan ku kini sudah setahun 2 bulan..tp belum rezki kami lagi untuk menimang cahaya mate. dari sini la akan ku coretkan titipan hidup ku sebagai seorang yang memang mengharapkan zuriat. semoga doa kami akan di makbulkan nanti.

biodata isteri
nama: nurazirah basri
umur : 26 tahun
tarikh lahir : 25 ogos 1985
pekerjaan : juruteknik komputer

biodata suami
nama: mohd raimie sulaiman
umur: 25 tahun
tarikh lahir: 14 mac 1986
pekerjaan: juruteknik

tarikh perkahwinan : 13 jun 2010