
sumber : copy dr google
HSG ringkasan kepada Hysterosalpingografi adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.
Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis.
Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.
Berikut merupakan prosedur palaksanaan X-Ray HSG:
- Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
- Doktor akan membersihkan permukaan luar rahim secara ringkas bagi menghidari kekotoran di luar rahim termasuk ke dalam rahim bersama cecair dye tersebut.
- Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
- Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
- Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
- Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
- Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:
- Pendarahan faraj
- Luka pada serviks
- Pengsan
- Jangkitan kuman pada rahim
- Alahan terhadap dye
- Keputusan (normal atau sebaliknya)
Banyak juga dugaan yang dihadapi bagi membuat temu janji pemeriksaan ini dengan doktor. Banyak hospital dan klinik yang kami hubungi samada kerajaan atau swasta. Tapi itu tidak menjadi kritieria pemilihan yang utama. Berikut adalah kriteria pemilihan klinik atau hospital yang telah disusun mengikut priority :
- Doktor yang akan melakukan pemeriksaan tersebut mestilah doktor perempuan yang beragama Islam. Sekiranya tiada, doktor perempuan bukan muslim menjadi pilihan. Doktor lelaki akan dipilih sekiranya darurat sahaja.
- Harga yang berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan.
- Jadual yang menepati kehendak kita (antara hari ke 7 hingga hari ke 11 dari tarikh period).
- Jarak dengan kediaman kami tidak jauh.
No comments:
Post a Comment