Monday 15 August 2011

insyaallah..kami akan jalani pemeriksaan nie (part 1)

 

sumber : copy dari google.
As-salam kepada semua pembaca khususnya kepada pasangan yang sudah lama menantikan cahaya mata. Entri kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman menjalani rawatan kesuburan bersama isteri di Klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), bberalamat di :
Bangunan LPPKN,
12B, Jalan Raja Laut,
Peti Surat 10416,
50712 Kuala Lumpur
Untuk makluman para pembaca sekalian, penulis mendirikan rumah tangga sudah hampir 1 tahun 6 bulan. Kalau ikutkan tempoh tersebut, memang ianya sangat baru bagi kami. Tapi apa boleh buat. Sifat orang perempuan yang sangat sensitif apatah lagi bila orang selalu bertanyakan “Bila nak ada baby?”, “perut dah naik sikit, dah berapa bulan dah ni?” hehehe, ini menunjukkana penulis tidak lupa tanggung jawab untuk bagi makan wife.
Penulis bertekad mahu menjalankan rawatan tersebut. Temujanji perlu dibuat apabila sang isteri start period. Penulis call 03-26937555 untuk buat temujanji. Staff LPPKN bagitahu yang wife kena datang waktu period antara hari ke 2 hingga ke 5. Sang suami juga tidak boleh menyimbahkan air mani antara 3 hingga 5 hari sebelum hari temujanji untuk ujian tersebut. Maksudnya kat sini, sewaktu isteri datang period yang pertama, sang suami perlu menyimbahkan cecair pekat tersebut ke mana-mana dahulu janji bukan dalam rahim isteri (sebab isteri period kan time ni?). Bila tiba hari temujanji semalam air mani sang suami telah berusia 5 hari dan period sang isteri juga berusia 5 hari. Jadi syarat untuk melakukan ujian tersebut dipenuhi pada 20.04.11 semalam.
Semalam kami dah rancang mengambil cuti bersama kerana dimaklumkan oleh staff klinik tersebut ia mengambil masa separuh hari jugak untuk mendapatkan keputusan ujian tersebut. Pukul 8.30 pagi kami bertolak menaiki train daripada serdang hingga ke stesen bank negara, bejalan kaki hingga ke alamat di atas. Lebih kurang setengah jam kami sampai di tingkat 6. Pastu terus register. Merujuk kepada buku rekod temujanji yang kakak klinik tu tunjuk, lebih kurang dalam 9 pasangan sahaja yang datang untuk rawatan, tapi yang dah sampai dalam 4 pasang sahaja, so tak ramai. Fuhh!!! lega rasanya. Mungkin tak lama ujian ini.
Selepas register, ujian pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menguji sperma sang suami. Lepas dapat result, baru boleh continue dengan ujian untuk isteri. Untuk Mengambil specimen iaitu air pekat sang suami, penulis perlu naik ke tingkat 7. Di tingkat 7, pesakit akan diberikan  botol specimen macam botol urine gak. Pergh!!! menyiksakan, apa kejadahnya nak simbah dalam botol tu… takpe, demi mendapatkan zuriat, penulis gagahkan diri. Sebelum mendapatkan specimen tu, staf lelaki yang menjaga kaunter spesimen tadi ada bertanyakan beberapa soalan seperti merokok atau tak, kekerapan bersama dengan isteri, kekerapan mandi air panas, dan lain-lain lagi. Tapi staf yang menyoal ni nampak macam pelik sket. Gay ke apa, eee… geli aku tuihhhh!!! Ada ka mai duk dekat-dekat, pastu gosok-gosok paha kanan aku. Bagi sesapa yang ingin mengambil specimen dengan lelaki ini, pastikan ianya street to the point, jangan nak cakap banyak dengan lelaki ni yang kononnya memberi motivasi ketika mengambil specimen. Alhamdulillah tidak berlaku apa-apa pada penulis. Tak payah la penulis explain lebih lanjut bagai mana specimen dikeluarkan. Amat menyiksakan, bermodalkan 2 keping CD lucah yang dibekalkan dalam bilik tersebut, akhirnya specimen berjaya dikeluarkan. Untuk makluman pembaca juga, pastikan bawa tuala untuk mandi junub. Dalam bilik yang ala hotel ini, disediakan toilet. Setakat nak mandi tu ok lah.
Penat sang isteri menunggu di tingkat 6. Lama juga proses mengambil specimen, 2 kali nama dipanggil baru sang suami turun ke aras 6. Doktor panggil untuk matovasi lagi sekali, kali ni dokter perempuan alhamdulillah. Dia just amik BMI suami dan tekanan darah. Alhamdulillah, tekanan darah sebelum ini rendah, tetiba hari tu normal. Lepas selesai motivasi tu, kena lagi tunggu result specimen sperma tadi. Lebih kurang 30 minit jugak la. Selamat ada kantin di tingkat 2, doktor benarkan untuk turun minum.
Lepas 30 minit minum kat kantin, kami terus naik dan jumpa nurse lain. Nurse tu bagitahu result speciment tadi. Alhamdulillah, sperm sang suami 70juta bagi setiap ml. Had normal yang nurse tu bagitahu adalah 20 juta per ml. Alhamdulillah sang suami sihat. Kesian sang isteri, bakal mejalani rawatan selepas ini. Sabar lah sayang, demi mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah, kita perlu teruskan niat murni ini. Abg sayangkan syg. Muahhh!!!
Rawatan yang pertama harus dilalui oleh sang isteri ialah mengambil sampel darah. Memandangkan sang suami pun tak tahu kumpulan darahnya, sang suami juga turut mengambil sampel darah. Darah sang suami time tu tak nak keluar, tak tahu sebab apa. Kata nurse darah pekat. Puas jugak nurse tu menyedut darah dari tangan kanan tak cukup dengan tu, dia ambil plak kat tangan kiri. Wahhh!!! time sedut darah kat tangan kiri, penulis rasa macam bangunan tu gelap geilta tak buka lampu. Nak pitam rasanya, tak sampai seminit, ok balik terus pegi buat bayaran, Alhamdulillah. Darah sang isteri ok je, dengan selambernya dapat dua tabung dengan sebelah kanan je. Result sampel darah yang diambil tadi akan dimaklumkan pada hari ke-21 period, maksudnya, 06.05.11 nanti kena pergi lagi ke LPPKN untuk menjalani ujian terhadap isteri.
Sebelum tu, nurse tu ada bagi tugasan. Sang isteri perlu melakukan ujian HSG dan mendapatkan film X-Ray kat mana-mana klinik pakar yang menyediakan perkhidmatan X-Ray HSG. Nurse tu bagi cadangan kat Daya X-Ray Centre Sdn. Bhd. kat bangunan DBKL. Dekat situ je. Tapi jauh plak dengan rumah, sian isteri nak datang sorang-sorang nanti. So kita cari inisiatif lain kat klinik-klinik area kajang atau puchong. Tapi sampai susah gak nak dapat. esok la cuba call Kajang Specialist. Tak tahu lah ujian ni macam mana, kata nurse tu, isteri akan dimasukkan suatu cecair ke dalam fajar. Cecair tersebut berfungsi untuk membuka ruang tiub sekiranya tersumbat. Lepas tu, perlu X-Ray dan film tu perlu dibawa semula ke LPPKN. Kesian isteri. Dengar kata ujian ni sakit. Tapi apa boleh buat, sakit demi memenuhi matlamat utama perkahwinan kita.
Nantikan entri yang seterusnya dalam sesi rawatan kesuburan Mr Herumi dan Mrs Herumi. Doakanlah kami berjaya dan dimurahkan rezki untuk menimang cahaya mata yang sihat, soleh dan solehah.
[p/s: kawan penulis ada berpesan, kalau nak mintak, jangan mintak yang spesifik contoh macam mintak anak, sebab kita tak tahu samada kita sudah bersedia atau belum, walaupun kita kata kita dah bersedia, tapi Allah S.W.T lebih mengetahui samada kita bersedia atau tak. Tapi dalam entri ini, ia berkisarkan rawatan untuk mendapatkan cahaya mata, jadi doa penulis untuk mendapatkan rezki, secara terus penulis mahukan zuriat seperti yang diidamkan.. thanks to Rushdy GITN]

No comments:

Post a Comment